Use Coupons For More Discounts | Purchase Online.... Prym Products Discount upto 50% available ! Free Shipping for Home Sewing Machine (Not valid for Industry Sewing Machines) * Apply T & C

About Yasalma

 

 

Hasil kajian 30 tahun, Yasalma memperkenalkan kepada semua teknik alternatif untuk membuat pakaian terpantas dan termudah!!

Dalam bengkel ini, para pelajar akan diajar cara membuat dress (dress mini) menggunakan teori Yasalma yang mudah, cepat faham dan praktikal. Apabila para peserta sudah faham teori dan sudah mempraktikkan di atas dress bersaiz mini, para pelajar diuji pula untuk mempraktikkannya pada edisi sebenar iaitu menggunakan saiz masing-masing di rumah. Teori yang telah diajar boleh digunakan untuk apa jua ukuran yang diingini.

 

Anda bakal mendapat ilmu yang sangat berguna untuk diri yang nilainya INFINITI! Berguna sepanjang hayat Insyaallah. Ya, semua sedia maklum bahawa kemahiran menjahit menjanjikan manfaat penjimatan hidup yang banyak malah sebagai sumber pendapatan yang agak lumayan!

 

Teknik membuat pakaian oleh Yasalma adalah tanpa menggunakan pola kertas. Formulasi mudah, cepat faham dan praktikal adalah tunggak utama bagi melahirkan ramai pembaca yang akhirnya berjaya menghasilkan pakaian sendiri. Walaupun pada asalnya mereka langsung tidak mempunyai asas dalam jahitan. Malah mengikut pengalaman sebelum ini, mereka semua akan ketagih untuk terus menjerumuskan diri dalam dunia jahitan mengikut teknik Yasalma yang sememangnya lain daripada teknik lain, lantas membuktikan bahawa sebenarnya menjahit itu sangat mudah.

 

Fenomena teknik Yasalma bermula!