Use Coupons For More Discounts | Purchase Online.... Prym Products Discount upto 50% available ! Free Shipping for Home Sewing Machine (Not valid for Industry Sewing Machines) * Apply T & C

LSN Artikel | Anis belajar guna mesin jahit dari arwah Nenek

Pengalaman Anis Mansor. Belajar dengan guru di sisi, tak sama dengan belajar melalui Youtube.

"Saya nak berkongsi pengalaman menjahit bersama arwah nenek yang merupakan seorang tukang jahit. Kami menggunakan sebuah mesin jahit Singer model lama yang digerakkan menggunakan kaki. Mulanya saya menjahit bersendirian dan projek pada ketika itu ialah sehelai blaus tanpa lengan. Saya tidak mempunyai sebarang kemahiran khusus berkaitan jahitan tapi saya usahakan juga jahit blaus itu kerana saya ingin memakainya di rumah.

Sewaktu saya sedang terkial-kial menjahit bahagian ketiak blaus (kerana saya tidak pernah belajar caranya, saya hanya memandai-mandai sahaja ketika itu sambil membelek contoh hahah), arwah nenek datang dan bertanya adakah saya memerlukan bantuan.
Mestilah saya jawab, Ya!

Seronok juga belajar menjahit dengan nenek kerana dia menggunakan teknik orang lama untuk menjahit kelim dan mengemaskan jahitan. Arwah nenek ajar saya bagaimana hendak mengemaskan jahitan tepi tanpa menggunakan mesin jahit tepi dan cara menjahit bahagian leher blaus tersebut. Agak lama juga kami berbual-bual sambil menjahit pada hari itu.
Kadang-kadang bila teringat arwah nenek, timbul rasa rugi kerana tidak meluangkan lebih banyak masa belajar menjahit dengan arwah nenek kerana saya suka menjahit.

Walaupun sekarang boleh saja belajar menjahit melalui YouTube, tetapi ia tak sama dengan kehadiran 'guru' di sisi.
Namun begitu, kenangan manis ini akan saya simpan sehingga akhir hayat.

Artikel hasil penulisan,
Anis Mansor
Bagan Serai, Perak

-----------------------------------------------

Anda mempunyai sebarang cerita, pengalaman menjahit, pengalaman membeli mesin, cara gunakan mesin, skill menjahit, DIY sewing project atau apa2 shj berkenaan industri jahitan untuk berkongsi? Sila email ke admin@lsn.com.my. Artikel yg terpilih & dimuatnaik ke Web atau FB LSN akan diberi reward.

Di bawah adalah beberapa pakej cadangan LSN utk menjana pendapatan sampingan.

Pakej COMEL dilengkapi dgn
1. Mesin Jahit Brother JA1400
2. Prym Steam Iron Mini
3. Sewing Basket (random design)
4. Extension Wide Table
5. Multi Footers Set
6. Basic Sewing Accessories
Beli Online: https://goo.gl/4Xno0C

-----------------------------------------------

Pakej MURNI dilengkapi dgn
1. Mesin Jahit Brother GS2700
2. Prym Steam Iron Mini
3. Sewing Basket (random design)
4. Extension Wide Table
5. Multi Footers Set
6. Basic Sewing Accessories
Beli Online: https://goo.gl/S3qkox

-----------------------------------------------

Pakej MANIS dilengkapi dgn
1. Mesin Jahit Brother NV55P
2. Prym Steam Iron Mini
3. Sewing Basket (random design)
4. Extension Wide Table
5. Multi Footers Set
6. Basic Sewing Accessories
Beli Online: https://goo.gl/6jWG7H

---------------------------------------------------

Pakej PRESTIJ dilengkapi dgn
1. Mesin Jahit & Sulam Brother NV955
2. Basic Embroidery Software
3. 10,000 Design Sulaman
4. Prym Steam Iron Mini
5. Sewing Basket (random design)
6. Multi Footers Set
7. Basic Sewing Accessories
Beli Online: https://goo.gl/5eQ1f0

------------------------------------------------

Pakej MESRA dilengkapi dgn
1. Mesin Jahit Tepi Brother 2104D
2. Prym Steam Iron Mini
3. Sewing Basket (random design)
4. Extension Wide Table
5. Basic Sewing Accessories
Beli Online: https://goo.gl/8TyI3W

-------------------------------------------------