LSN | Cadangan Pemilihan Mesin Jahit Mudah Alih & Industri | Choosing the Right Sewing Machine
STITCH UP A STORM WITH OUR LATEST PROMOTION! GET READY TO SEW IN STYLE WITH UNBEATABLE DISCOUNTS ON OUR TOP-RATED SEWING MACHINES. DON'T MISS OUT ON THIS LIMITED TIME OFFER AND UPGRADE YOUR CRAFTING GAME TODAY!
GET UP TO 20% OFF ON SEWING MACHINES AND UP TO 70% OFF ON SELECTED ACCESSORIES WHEN YOU BUY FROM LSN
Which Sewing Machine is the Best?
Which Sewing Machine is the Best?
Which Sewing Machine is the Best?

Click the below link to explore our recommended models.

Guidance in Choosing the right Sewing Machines in Malaysia

Guide in Choosing the Right Brand, Model and Sewing Machine Price in Malaysia (English Version)

This guidance is given by LSN Sewing Machines, a Malaysian company which has more than 40 years of experience in sewing machine field. All the information provided are not favorable to any sewing machine brand or manufacturer but in fact is based on LSN's experiences in this field until today.

 

1.0 International Sewing machine Brands

Following are the home and industrial sewing machine brands that are well known globally. There might be some of the mentioned brands that you may have never heard before, but those brands are very familiar to all sewing machine main supplier and dealers. Juki, Brother, Singer, Typical, Zoje, Merrylock, Husqavarna Viking, Electrolux, Bernina, Toyota, Pegasus, Siruba and others.

 

1.1 Recommended brands for Home and Industrial Sewing Machines

LSN recommends Brother, Singer, Juki and Merrylock brands for Home Use Sewing Machines.

 
Brother is a Japanese brand, world no.1 famous and supplier for home use sewing machines with many ranges. Brother has mechanical sewing machines, computerized sewing machines, embroidery machines, overlock machines, coverstitch machine and other portable types. Brother sewing machines has reached advanced level technology as they already has sewing machines equipped with Camera and Ultrasonic Pen (Laser) functions where these functions allow the sewing machines to operate without user presence.
 
Singer is a brand originated from USA and is the biggest market share holder for both home sewing machines and industrial sewing machines in Malaysia. Every citizen in Malaysia are very familiar with this brand. Even though Singer does not has advance techlogy as Brother sewing machines, Singer is still famous with its core sewing machine models such as the 15NL black head machine, Heavy Duty 4423 and others.
 
Juki is a Japanese brand and it is the World No.1 brand for Industrial Sewing Machines. Juki has wide range of industrial sewing machine products and now it has widen its range up to Home Sewing Machines. Even though Juki does not has wide range of home sewing machine models as Brother and Singer, Juki also has very successful and well selling model as the HZL-K85 Heavy Duty sewing machine and MO-50E Home Overlock machine.
 
Typical and Zoje are international brands for Industrial Sewing Machines. Zoje is China No.1 brand and Typical is a leading brand originated from Western and these brands are well selling in Malaysia nowadays. Comparing to Juki Industrial Machines which is at higher side of retail price, Typical and Zoje Industrial Sewing Machines are more to affordable level to customers. Quality wise, all these brands are good and equivalent in term of long term use. Juki, Typical & Zoje are original manufacturers of Industrial Lockstitch Sewing Machines, Industrial Overlock Sewing Machines, Industrial Buttonhole Machines, Button Sewing Machines, Blind-Stitch Machines and others.
 

2.0 Cadangan untuk Mesin Jahit Rumah (Jenis Mudah Alih)

2.1 Mesin Jahit Untuk Bajet Bawah RM1,000.00

Mesin Jahit Brother GS2700

Mesin Jahit Brother GS2700 adalah model cadangan terbaik oleh LSN untuk bajet di bawah RM1,000.00. Model Brother GS2700 mempunyai 27 corak jahitan dengan fungsi lubang butang 1 langkah.Harga pasaran mesin ini adalah RM899.00.Berat mesin jahit Brother GS2700 adalah lebih kurang 5kg - 6kg dan menjadikan mesin ini senang untuk di bawa ke mana jua.Mesin jahit Brother GS2700 juga dilengkapkan dengan fungsi sistem masukkan benang ke lubang jarum secara automatik (automatic needle threader) sekaligus memudahkan dan menjadikan mesin ini sebagai mesra pengguna (user friendly). Berbanding model-model jenama yang lain, mesin ini sangat berbaloi kerana harga yang ditetapkan adalah dipadankan dengan fungsi mesin jahit tersebut. Model ini mempunyai optional Extension Wide Table. Wide table ini memberi keselesaan kepada pengguna dengan ruangan menjahit yang lebih besar.

Mesin Jahit Brother JA1400

Mesin Jahit Brother JA1400 adalah model cadangan kedua terbaik oleh LSN untuk budget di bawah RM1,000.00. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM699 sahaja.Model Brother JA1400 mempunyai 11 corak jahitan dengan fungsi lubang butang 4 langkah.Berat mesin jahit ini adalah lebih kurang 5kg - 6kg dan menjadikan mesin ini senang untuk di bawa ke mana jua.Mesin jahit Brother JA1400 tidak mempunyai fungsi Auto-Needle threader seperti mesin Brother GS2700.Jarak jahitan juga adalah default/ tetap mengikut setting yang terdapat di mesin.Mesin ini hanya dicadangkan untuk pelanggan yang kurang mampu untuk membeli model mesin jahit yang berharga RM700 ke atas. Model ini tidak mempunyai optional Extension Wide Table.

Mesin Jahit Singer 8280

Mesin Jahit Singer 8280 adalah model cadangan ketiga terbaik oleh LSN untuk bajet di bawah RM1,000.00. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM745.28 sahaja. Model Singer 8280 mempunyai 8 corak jahitan dengan fungsi lubang butang 4 langkah. Berat mesin jahit Singer 8280 adalah lebih kurang 5kg - 6kg dan menjadikan mesin ini senang untuk di bawa ke mana jua. Mesin jahit Singer 8280 tidak mempunyai fungsi Auto-Needle threader seperti mesin Brother GS2700. Sistem sekochi mesin ini adalah jenis tradisional, sama seperti mesin kepala hitam model lama. Jadi, pelanggan perlu membuka cover dan mengeluarkan bobbin case dari shuttle race setiap kali menukar/ mengisi benang bawah. Mesin Jahit Brother GS2700 lebih disyorkan oleh LSN berbanding dengan mesin jahit Singer 8280. Model ini tidak mempunyai optional Extension Wide Table

2.2 Mesin jahit Untuk Bajet Dari Rm1000 - RM1500

Mesin Jahit Brother FS101 

Mesin Jahit Brother FS101 adalah model cadangan terbaik oleh LSN untuk bajet di bawah RM1,500.00. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM1,399.00 sahaja. Model Brother FS101 adalah mesin jahit berkomputer dengan mempunyai 100 corak jahitan dan 55 corak jahitan berkarakter dengan fungsi lubang butang 1 langkah.Berat mesin jahit Brother FS101 adalah lebih kurang 8kg - 9kg dan menjadikan mesin ini stabil ketika menjahit kain tebal.Mesin jahit Brother FS101 mempunyai fungsi Auto-Needle threader. Secara amnya, 3 hingga 4 lapisan jeans tiada masalah, namun jika pengguna hendak menjahit 6 hingga 7 lapisan jeans, mesin ini harus menggunakan optional Walking Foot. Untuk keselesaan menjahit bentangan kain yang besar, pengguna boleh membeli Extension Wide Table secara asing. 

Mesin Jahit Singer 5523 Heavy Duty

Mesin Jahit Singer 5523 Heavy Duty adalah model kedua cadangan terbaik oleh LSN untuk bajet dibawah RM1,500.00. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM1,355.00 sahaja. Model Singer 5523 ini mempunyai 23 corak jahitan iaitu termasuk 6 jahitan asas, 4 jahitan regangan (stretch), 12 jahitan dekoratif  dan 1 jahitan lubang butang yang boleh dibuat secara automatic hanya satu langkah. Mesin ini juga mempunyai fungsi Auto-Needle Threader.Kelajuan mesin ini adalah 1100 jahitan per minit.

2.3 Mesin Jahit Untuk Bajet Dari RM1500 - RM2000

Mesin Jahit Brother NV55P

Mesin Jahit Brother NV55P adalah model cadangan terbaik oleh LSN untuk bajet di bawah RM2,000.00. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM1,649.00 sahaja. Model Brother NV55P adalah mesin jahit berkomputer dengan mempunyai 135 corak jahitan dengan fungsi menjahit abjad, huruf dan nombor serta lubang butang 1 langkah.Berat mesin jahit Brother NV55P adalah lebih kurang 8kg - 9kg dan menjadikan mesin ini stabil ketika menjahit kain tebal.Mesin jahit Brother NV55P mempunyai fungsi Auto-Needle threader. Secara amnya, 3 hingga 4 lapisan jeans tiada masalah, namun jika pengguna hendak menjahit 6 hingga 7 lapisan jeans, mesin ini harus menggunakan optional Walking Foot. Untuk keselesaan menjahit bentangan kain yang besar, pengguna boleh membeli Extension Wide Table secara asing.

Mesin Jahit Singer 4432

Mesin Jahit Singer 4432 adalah model kedua cadangan terbaik oleh LSN untuk bajet di bawah RM2,000.00. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM1,465.00 sahaja. Model Singer 4432 adalah mesin dengan mempunyai 32 corak jahitan iaitu 6 jahitan asas, 18 jahitan dekoratif, 7 jahitan regangan (stretch), serta 1 jahitan lubang butang secara automatik hanya dengan satu langkah mudah. Mesin jahit Singer 4432 mempunyai fungsi Auto-Needle threader. Secara amnya, 3 hingga 4 lapisan jeans tiada masalah, namun jika pengguna hendak menjahit 6 hingga 7 lapisan jeans, mesin ini harus menggunakan optional Walking Foot. Kelajuan mesin ini adalah 1100 jahitan per minit.

2.4 Mesin Jahit& Sulam

Mesin Brother NV955

Mesin Jahit dan Sulam Brother NV955 adalah model cadangan terbaik oleh LSN untuk bajet di bawah RM3,000.00. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM2,899. Model Brother NV955 adalah mesin jahit dan sulam berkomputer, Mesin ini mempunyai 296 corak sulaman imej, logo serta 129 jahitan dekoratif, abjad, huruf dan nombor serta lubang butang 1 langkah. Berat mesin jahit Brother NV955 adalah lebih kurang 8kg - 9kg dan menjadikan mesin ini stabil ketika menjahit kain tebal.Mesin jahit Brother NV955 mempunyai fungsi Auto-Needle threader. Pengguna boleh memuat turun sulaman dari internet dan sebagainya yang kemudiannya boleh dimuat naik ke mesin dengan menggunakan Pen-Drive.

Mesin Jahit Brother NV2600

Mesin Jahit dan Sulam Berkomputer Brother NV2600 juga antara model terbaik yang dicadangkan oleh LSN. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM8499.00. Mesin ini juga sesuai untuk mereka yang mahu menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah. Model mesin ini mempunyai 138 corak sulaman dan keluasan sulaman adalah 160mm x 260mm. Kelajuan mesin ini adalah 850 jahitan per minit. Slaid kawalan yang terdapat dalam model ini adalah bagi menyesuaikan kelajuan dari perlahan hingga cepat, jarum atas dan bawah butang selain mengawal butang reverse. Sistem pivot yang terdapat dalam model ini membolehkan pengguna menghidupkan item yang tersedia bagi menjahit ke arah yang dikehendaki. Sistem Brother ICAPS juga termasuk dalam model ini bagi mengesan ketebalan kain dan secara automatik dapat melancarkan jahitan.

2.5 Mesin Sulam Untuk Bisnes

Mesin Brother PR1050X

Mesin Jahit Sulam Brother PR1050X adalah model baru dan merupakan model pertama cadangan terbaik oleh LSN untuk mereka yang mahu menjalankan perniagaan. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM49,999.00.Mesin Jahit Brother PR1050X adalah mesin jahit sulam berkomputer, Mesin ini mempunyai 699 corak sulaman imej termasuk Steampunk dan rekaan Gothic. Mesin jahit Brother PR1050X mempunyai 10 jarum yang berfungsi sebagai Auto-Needle threader beserta 10 lampu LED bagi setiap penggunaan 10 benang yang berwarna. Mesin ini juga mempunyai sentuhan LCD yang memudahkan pengguna untuk memilih jenis corak sulaman yang dikehendaki, mengedit dan sebagainya. Kelajuan mesin sulam ini juga adalah 1000 jahitan per minit.

Mesin Brother V3

Mesin Jahit Sulam Brother V3 adalah model kedua cadangan terbaik oleh LSN untuk mereka yang mahu menjalankan perniagaan. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM9,599.00. Mesin Jahit Brother V3 adalah mesin sulam berkomputer. Mesin ini mempunyai 227 corak sulaman imej dan 17 jenis rekaan huruf, abjad termasuk Cyrilic dan Japanese . Mesin jahit Brother V3 mempunyai keluasan sulaman 300 x 180mm. Kelajuan mesin ini adalah 1050 jahitan per minit. Mesin ini berfungsi memotong benang secara automatik. Mesin ini juga mempunyai USB port iaitu memudahkan pengguna terus menghubungkan melalui PC bagi mendapatkan pelbagai jenis rekaan yang dikehendaki. Selain itu keistimewaan mesin ini juga, mempunyai sentuhan skrin LCD yang besar bagi memudahkan pengguna untuk memilih jenis rekaan, mengedit paten sulaman dan menyesuaikan jahitan.Video tutorial telah tersedia pada skrin bagi membantu memberi tunjuk ajar setting yang sempurna.

Mesin Brother NV800E

Mesin Jahit Sulam Brother NV800E adalah model ketiga cadangan terbaik oleh LSN untuk mereka yang mahu menjalankan perniagaan. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM6,999.00. Mesin Jahit Brother NV800E adalah mesin  sulam berkomputer. Mesin ini mempunyai 138 corak sulaman imej dan 11 jenis rekaan huruf. Mesin jahit Brother NV800E mempunyai keluasan sulaman 160 x 260mm. Kelajuan mesin ini adalah 850 jahitan per minit. Mesin ini berfungsi memotong benang secara automatik. Mesin ini juga mempunyai USB port iaitu ia memudahkan pengguna terus menghubungkan melalui PC bagi mendapatkan pelbagai jenis rekaan yang dikehendaki. Selain itu keistimewaan mesin ini juga, ia mempunyai sentuhan skrin LCD yang besar bagi memudahkan pengguna untuk memilih jenis rekaan, mengedit paten sulaman dan menyesuaikan jahitan yang dikehendaki.

2.6 Mesin Jahit Tepi Mudah Alih

Mesin Singer 14N735C

Mesin Jahit Tepi Singer Coverstitch 14N735C adalah model pertama cadangan terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit tepi mudah alih. Harga pasaran mesin jahit tepi ini adalah RM2,325.00 sahaja. Model Singer 14N735C ini, boleh membuat jahitan coverstitch, mesin ini juga boleh buat jahitan tepi biasa 3 benang, tepi biasa 4 benang dan tepi halus. Mesin ini mempunyai 20 jenis jahitan merangkumi jahitan coverstitch dan juga jahitan tepi.

Mesin Jahit Tepi Brother 4234D

Mesin Jahit Tepi Brother 4234D adalah model cadangan kedua terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit tepi mudah alih. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM2,199.00 sahaja. Model Brother 4234D mempunyai 4 fungsi terbina iaitu fungsi jahit tepi 3 benang, jahit tepi 4 benang, jahit tepi halus dan jahit tepi berkedut. Mesin jahit tepi Brother 4234D juga dilengkapkan dengan bekas mengumpul sisa potongan kain dan ciri ini tidak terdapat mesin jahit tepi Singer. Model ini mempunyai Tapak Tambahan untuk Brother 4234D. Namun, harga tapak-tapak tersebut adalah agak mahal berbanding dengan set tapak tambahan untuk Singer 14N655. Model ini agak mahal berbanding model lain atas beberapa faktor. Mesin Jahit Tepi Brother 4234D ini mempunyai Automatic Needle Threader, lampu LED dan option untuk Extension Wide Table. Model mesin ini juga merupakan satu model eksklusif keluaran Brother. 

Mesin Jahit Tepi Brother 2104D

Mesin Jahit Tepi Brother 2104D adalah model cadangan ketiga terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit tepi mudah alih. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM1,399.00 sahaja. Model Brother 2104D mempunyai 4 fungsi terbina iaitu fungsi jahit tepi 3 benang, jahit tepi 4 benang, jahit tepi halus dan jahit tepi berkedut. Mesin jahit tepi ini juga dilengkapkan dengan bekas mengumpul sisa potongan kain.Model ini juga mempunyai tapak tambahan yang perlu dibeli secara berasingan. Mesin Brother 2104D ini juga lampu LED dan option Extension Wide Table.

Mesin Jahit Tepi Singer 14N655

Mesin Jahit Tepi Singer 14N655 adalah model cadangan keempat  terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit tepi mudah alih. Harga pasaran mesin jahit tepi ini adalah RM1,590.00 sahaja. Model Singer 14N655 mempunyai 4 fungsi terbina iaitu fungsi jahit tepi 3 benang, jahit tepi 4 benang, jahit tepi halus dan jahit tepi berkedut. Model ini mempunyai Set 5 Tapak Tambahan untuk Singer 14N655. Harga set tapak tambahan tersebut adalah jauh lebih rendah berbanding dengan tapak tambahan untuk mesin jahit tepi model jenis Brother.

2.7 Mesin Industri Jahit Lurus

Mesin Industri Jahit Lurus Typical GC6910-MD

Model Typical GC6910-MD adalah antara model terbaik yang dicadangkan oleh LSN untuk mesin industri jahit lurus.Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM2,220.00 sebelum diskaun. Kelajuan mesin ini adalah lebih 5,000 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin jahit industri ini selama 24 jam tanpa henti. Seterusnya amat sesuai digunakan untuk pengeluaran kuantiti dalam jumlah yang besar. Kelebihan model ini juga boleh menjahit material yang jenis lebih tebal seperti kulit dan jeans. Berbanding dengan model lain, saiz bentuk fizikal model Typical GC6910-MD adalah lebih besar.  Model mesin ini sudah tersedia dengan ‘direct drive’ dan tidak memerlukan motor tambahan seperti clutch dan servo. Ia juga amat berguna untuk penjimatan elektrik dan secara tidak langsung juga boleh mengawal kelajuan. Pengguna juga boleh upgrade mesin ini dengan membeli Tapak Mesin Jahit Industri dan Lampu LED.

Mesin Industri Jahit Lurus JUKI DDL8100E

Mesin Jahit Industri Juki DDL8100E adalah model cadangan kedua terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit lurus industri. Model ini mempunyai spesifikasi yang sama dengan model Typical GC6910 namun dari segi harga, mesin ini lebih mahal kerana Juki adalah jenama no.1 Dunia untuk mesin jahit industri. Harga pasaran mesin ini adalah RM2,250.00 sebelum diskaun. Kelajuan mesin sehingga 5,500 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin jahit industri ini selama 24 jam tanpa henti. Pengguna boleh upgrade motor mesin ini kepada sistem Servo Motor (untuk Control-Speed dan Vibration-Free), Tapak Mesin Jahit Industri dan juga Lampu LED untuk mesin jahit industri.

Mesin Industri Jahit Lurus Typical GC628D

Model Typical GC628D (High-Speed Direct Drive) adalah antara model terbaik yang dicadangkan oleh LSN untuk mesin industri jahit lurus. Harga pasaran mesin jahit ini adalah RM2,220.00 sebelum diskaun. Bagaimanapun harga model mesin Typical GC628D ini lebih mengikut kemampuan. Kelajuan mesin ini adalah lebih 5,000 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin jahit industri ini selama 24 jam tanpa henti. Seterusnya amat sesuai digunakan untuk pengeluaran kuantiti dalam jumlah yang besar.  Model mesin ini sudah tersedia dengan ‘direct drive’ dan tidak memerlukan motor tambahan seperti clutch dan servo. Ia juga amat berguna untuk penjimatan elektrik dan secara tidak langsung juga boleh mengawal kelajuan. Pengguna juga boleh upgrade mesin ini dengan membeli Tapak Mesin Jahit Industri dan Lampu LED.

Mesin Industri Jahit Lurus Typical GC6150MD

 

Model Typical GC6150MD (Direct Drive) adalah antara model terbaik yang dicadangkan oleh LSN untuk mesin industri jahit lurus. Bagaimanapun harga model mesin Typical GC6150MD ini lebih mengikut kemampuan kerana dari segi harga pasaran, model mesin jahit ini adalah RM2,120.00 sebelum diskaun. Kelajuan mesin ini sehingga 5,000 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin ini selama 24 jam tanpa henti. Seterusnya amat sesuai digunakan untuk pengeluaran kuantiti dalam jumlah yang besar.  Model mesin ini sudah tersedia dengan ‘direct drive’ dan tidak memerlukan motor tambahan seperti clutch dan servo. Ia juga amat berguna untuk penjimatan elektrik dan secara tidak langsung juga boleh mengawal kelajuan.Model ini mampu menjahit material yang sederhana tebal dan juga jeans. Pengguna juga boleh upgrade mesin ini dengan membeli Tapak Mesin Jahit Industri, Needle Positioner Device dan Lampu LED.

2.8 Mesin Industri Jahit Lurus (Auto-Trimmer)

Mesin Industri Jahit Lurus Berkomputer (Auto Trimmer) Typical GC6910A MD

Mesin Industri Jahit Lurus (Auto Trimmer) Typical GC6910A adalah model cadangan terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit lurus (Auto Trimmer) industri. Harga pasaran mesin ini adalah RM4,500.00. Kelajuan mesin sehingga 5,000 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin jahit industri ini selama 24 jam tanpa henti. Model ini mempunyaisistem berkomputer untuk matikan jahitan dan memotongkan benang atas dan bawah secara automatik setelah selesai menjahit. Kelebihan model mesin ini juga, pengguna boleh mengawal kelajuan jahitan dan memotong benang secara automatik melalui aplikasi mobile yang hanya boleh dimuat turun dengan telefon jenis android.

Mesin Jahit Industri Berkomputer Typical GC6870A

Mesin Jahit Industri Berkomputer Typical GC6870A adalah model cadangan terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit lurus industri. Model ini mempunyai sistem berkomputer untuk matikan jahitan dan potong benang atas dan bawah secara otomatik setelah selesai menjahit. Mesin jahit industri Typical GC6870-A ini lebih rendah harganya berbanding mesin jahit industri Juki DDL8700-7, namun dijamin sama dari segi kualiti dan ketahanan. Harga pasaran mesin ini adalah RM3,450.00 sebelum diskaun. Kelajuan mesin sehingga 5,500 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin jahit industri ini selama 24 jam tanpa henti. Mesin jahit industri Typical GC6870A ini dilengkapi dengan motor ‘Direct Drive’ dan ia lebih baik daripada Servo Motor. Oleh itu, model mesin ini tidak perlu upgrade seperti model yang lain. Pengguna boleh upgrade mesin ini dengan membeli Tapak Mesin Jahit Industri dan juga Lampu LED untuk mesin jahit industri.

Mesin Industri Jahit Lurus

(Auto Trimmer) Juki DDL900A

Mesin Industri Jahit Lurus (Auto Trimmer) Juki DDL900A adalah model cadangan kedua terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit lurus (Auto Trimmer) industri. Model ini mempunyai spesifikasi yang sama dengan model Typical GC6910A namun dari segi harga, mesin ini lebih mahal kerana Juki adalah jenama No.1 Dunia untuk mesin jahit industri. Harga pasaran mesin ini adalah RM4,385.00. Kelajuan mesin sehingga 5,000 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin jahit industri ini selama 24 jam tanpa henti. Mesin ini membolehkan benang dapat terpotong secara automatik. Kelebihan mesin ini juga berbanding model lain adalah tidak melibatkan penggunaan minyak yang banyak (“DRY” Oil Pan System / Sistem Pan Minyak Kering).  Kelebihan ini bukan sahaja boleh menghilangkan kesan minyak pada produk jahitan, tetapi juga dapat meningkatkan kebolehkerjaan.

2.9 Mesin Jahit Tepi Industri (3 & 4 Benang)

Mesin Jahit tepi Industri Typical GN794D

Mesin Jahit tepi Industri Typical GN794D (Direct Drive) adalah model cadangan terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit tepi industri. Harga pasaran mesin ini adalah RM3,150.00 sebelum diskaun. Kelebihan model Direct Drive ini menjimatkan penggunaan elektrik. Kelajuan mesin sehingga 6,000 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin jahit industri ini selama 24 jam tanpa henti.  Oleh itu, model ini amat sesuai untuk mereka yang menjalankan perniagaan bagi melakukan pengeluaran kuantiti yang lebih banyak. Mesin jahit tepi Typical GN794D boleh menjahit tepi biasa 3 & 4 benang, dan boleh juga convert untuk jahit tepi halus. 

Mesin Jahit Tepi Industri Typical GN894D

Typical GN894D adalah model cadangan terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit tepi industri. Model ini mempunyai spesifikasi jahit tepi 3 & 4 benang (sama seperti Mesin jahit Tepi Juki MO-6814S). Harga pasaran mesin ini adalah RM3,280.00 sebelum diskaun. Kelajuan mesin ini boleh menjahit lebih daripada 6,000 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin jahit industri ini selama 24 jam tanpa henti. Ia amat sesuai untuk mereka yang menjalankan perniagaan bagi melakukan pengeluaran kuantiti yang lebih banyak. Mesin ini juga boleh convert dengan tapak jahit tepi halus.

Mesin Jahit Tepi Industri Juki MO6814S

Mesin Jahit Tepi Industri 3 & 4 Juki MO6814S adalah model ketiga cadangan terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit tepi industri. Model ini mempunyai spesifikasi jahit tepi 3 & 4 benang (sama seperti Mesin jahit Tepi Typical GN894D). Dari segi harga, Juki MO6814S adalah lebih mahal berbanding dengan model yang lain atas faktor jenama, namun adalah sama dari segi kualiti. Harga pasaran mesin ini adalah RM4750.00 sebelum diskaun. Kelajuan mesin sehingga 7,000 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin jahit industri ini selama 24 jam tanpa henti. Pengguna boleh upgrade mesin ini kepada sistem Servo Motor (untuk Control-Speed dan Vibration-Free) dan juga Lampu LED untuk mesin jahit industri. Mesin jahit tepi Juki MO6814S boleh menjahit tepi biasa 3 & 4 benang, dan boleh convert untuk Jahit Tepi Halus (2-in-1). Tapak jahit tepi halus perlu dibeli secara asing. 

2.10 Mesin Jahit Tepi Halus Industri


Mesin Jahit Tepi Halus Industri Typical GN3000-RH 


Mesin Jahit Tepi Halus Industri Typical GN3000-RH adalah model cadangan terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit tepi halus industri. Model ini mempunyai spesifikasi jahit tepi halus 3 benang (sama seperti Mesin Jahit Tepi Halus Juki MO6504-RH). Dari segi harga, mesin jahit tepi halus industri Typical GN3000-RH adalah lebih berbaloi dan berada dalam kemampuan pengguna. Harga pasaran mesin ini adalah RM4,150.00 sebelum diskaun. Kelajuan mesin sehingga 6,000 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin jahit industri ini selama 24 jam tanpa henti. Pengguna boleh upgrade mesin ini kepada sistem Servo Motor (untuk Control-Speed dan Vibration-Free) dan juga Lampu LED untuk mesin jahit industri. Mesin jahit tepi halus Typical GN3000-RH ini boleh menjahit tepi halus kain lycra, chiffon, etc dengan sempurna dan juga boleh ditukarkan untuk Jahit Tepi Biasa 3 benang. Tapak jahit tepi biasa perlu dibeli secara asing. 

Mesin Jahit Tepi Halus Industri JUKI MO6804-RH 

Mesin Jahit Tepi Halus Industri JUKI MO6804-RH adalah model cadangan terbaik oleh LSN untuk kategori mesin jahit tepi halus industri selepas model Juki MO6504S. Model ini mempunyai spesifikasi jahit tepi halus 3 benang sama seperti Typical GN 3000-RH. Dari segi harga, mesin jahit tepi halus industri JUKI MO6804-RH adalah lebih mahal untuk pengguna kerana faktor jenama. Harga pasaran mesin ini adalah RM4,950.00 sebelum diskaun. Kelajuan mesin sehingga 7,000 jahitan per minit dan kelasakan mesin jahit industri ini membolehkan pengguna menggunakan mesin jahit industri ini selama 24 jam tanpa henti.  Mesin Industri ini amat berbaloi bagi mereka yang mahu melakukan pengeluaran kuantiti yang banyak. Pengguna boleh upgrade mesin ini kepada sistem Servo Motor (untuk Control-Speed dan Vibration-Free), Needle Positioner Device dan  juga Lampu LED untuk mesin jahit industri. Mesin jahit tepi halus JUKI MO6804-RH ini boleh menjahit tepi halus kain lycra, chiffon, etc dgn sempurna dan juga boleh ditukarkan untuk Jahit Tepi Biasa 3 benang. Tapak jahit tepi biasa perlu dibeli secara asing. 

 

There are no products to list in this category.